Selepas dikecam pelbagai pihak, juri All Together Now Malaysia akan dipanggil polis

Selepas dikecam pelbagai pihak, juri All Together Now Malaysia akan dipanggil polis

Polis akan memanggil 50 juri selebriti yang terbabit dalam rakaman program hiburan ‘All Together Now Malaysia’ terbitan Astro baru-baru ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

Beliau berkata, mereka akan disiasat bagi membantu siasatan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan.

“Mereka akan disiasat kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan akan disiasat mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Kami juga akan menyiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan kemudian akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai.-K! ONLINE

COMMENTS