Selamba langgar lampu merah, pemandu bas terpaksa brek mengejut, ini jadi selepas itu

Selamba langgar lampu merah, pemandu bas terpaksa brek mengejut, ini jadi selepas itu

Selamba langgar lampu merah, pemandu bas terpaksa brek mengejut, ini jadi selepas itu. Kesalahan lalu lintas yang sering kali berlaku di Malaysia tidak lain pastinya melanggar lampu isyarat.

Walaupun tahu akan risiko yang menanti, namun hal itu tetap berulang dan nampaknya masih tiada kesedaran kepada pengguna jalan raya lain.

Menerusi perkongsian Josuke President di laman Tiktok, memaparkan rakaman yang diambil dari ‘dashcam’ kereta di sebuah persimpangan lampu isyarat yang dipercayai berlaku di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam sorotan itu, kelihatan sebuah kereta berwarna hijau dengan beraninya melanggar lampu isyarat merah, walhal kenderaan dari laluan lain sudah bersedia untuk bergerak.

Disebabkan sikap itu, pemandu bas yang ketika itu sedang bergerak perlahan terpaksa berhenti secara mengejut di tengah jalan diikuti dengan kenderaan lain di belakangya.

Pun begitu, mujur kereta dari arah berkenaan tidak melajukan kenderaan mereka kerana ia mungkin akan menyebabkan kemalangan.

Tindakan itu seperti menempah maut sahaja kerana sikap pentingkan diri sendiri.

Selamba langgar lampu merah, pemandu bas terpaksa brek mengejut, ini jadi selepas itu