‘Sektor kilang bukan punca Covid-19’, kata Azmin

‘Sektor kilang bukan punca Covid-19’, kata Azmin

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mengatakan kluster kilang menjadi penyumbang utama peningkatan kes Covid-19.

Beliau kemudian bangkit menjawab terhadap dakwaan Presiden PKR itu dengan menyatakan sektor kilang bukan punca kes Covid-19.

“Saya ada statistik yang jelas menunjukkan kes positif melibatkan sektor hanya melibatkan jumlah kecil,” katanya untuk menjawab dakwaan Anwar dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Terdahulu, Anwar selaku Ketua Pembangkang mendakwa kluster kilang dan industri menjadi punca peningkatan kes Covid-19 pada hari ini.

Sumber | UM