Sekiranya ‘jual beli’ ahli Parlimen sudah tidak laku, PRU15 dijangka bulan Jun

Sekiranya ‘jual beli’ ahli Parlimen sudah tidak laku, PRU15 dijangka bulan Jun

Sekiranya Muhyiddin Yassin tiada sokongan majoriti yang selesa akibat urusan ‘jual beli’ Ahli Parlimen pembangkang sudah tidak laku, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka berlangsung pertengahan Jun depan, kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berpendapat Muhyiddin tiada pilihan untuk membubarkan Parlimen kira-kira tiga bulan lagi iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri jika beberapa wakil rakyat tidak ‘lompat’ menyatakan sokongan terhadapnya.

“Andaikan Muhyiddin gagal memperoleh majoriti yang selesa, mungkin mahu beli dua, tiga Ahli Parlimen pembangkang, sudah tidak boleh, jual belinya sudah tidak laku, ketika dia tiada majoriti, waktu itulah dia akan isytiharkan pilihan raya,” katanya malam tadi. | MD