Sedikit prihal bajet

Sedikit prihal bajet

Cerita yang akan panas dan menghawai media sosial hari ini tentulah tentang Bajet 21 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul semalam. Bajet itu merupakan Bajet pertama dibentangkan oleh seorang berlatarkan banker, mata duitan, kapitalis.

Saya tidak mengikutinya seperti biasa kerana kurang minat, apa tah lagi sudah membayangkan Bajet itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang seperti saya. Dengar dengan tidak ada sama sahaja.
Tetapi dalam media sosial sudah berselerak kecaman dan kritikan kepada Bajet Tengku Zafrul itu yang pasti dirohi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Ketua pembangkang Anwar Ibrahim dalam ulasan selayang pandangnya, berkata Bajet itu tidak ada pelan pemulihan ekonomi pun.

Iyalah nak pulih ekonomi macam mana, kalau wibawa kerajaan itu sendiri masih dalam pertikaian apakah ia sahih atau tidak. Tetapi ia ada usaha mengukuhkan kerajaan.

Apapun yang nampak menjadi kritikan meluas mengenai Bajet semalam peruntukan sebanyak RM81 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Peruntukan kepada Jasa ini kontras dengan kerajaan PH yang sebelum ini telah menghapuskannya sama sekali.

Jasa adalah sebuah agensi dibentuk khas oleh kerajaan UBN terdahulu untuk menjadi mata telinga, propagandis kerajaan, menanamkan rasa kasih dan sayang kepada kerajaan dan membuat persepsi buruk kepada pembangkang (PH). Kewujudan jabatan itu semata-mata menjadi alat mempertahankan kerajaan.

Malangnya apabila PH memerintah jabatan politik itu dimansuhkan? Dari segi politik pemansuhan jabatan propaganda itu tanpa menggantikan dengan badan lain seumpamanya satu tindakan kurang bijak dan cerdik.
Kononnya arwah kerajaan PH tidak mahu menyalagunakan wang rakyat untuk mempertahan kerajaannya, al hasilnya tindakan ekonomis itu telah membahayakan diri sendiri. Kerajaan PH seperti tidak diketahui langsung oleh rakyat kerana tiada propaganda tentangnya. Bodoh pertama kerajaan PH dahulu di sinilah, tidak mahu membeli senjata.

Bagi saya walaupun peruntukan untuk Jasa sesuatu dikira membazir tetapi ia sesuatu diperlukan buat sebuah kerajaan apa lagi seperti PN itu. Kerajaan PN yang dianggap dengan pelbagai pesepsi buruk kerana ia sebuah kerajaan Curitokrasi perlu di polish dan di make-up agar ia kelihatan cantik. Tukang polish dan make-up itu adalah Jasa. Kerajaan PH dahulu kerana tidak ada tukang polish dan make-up inilah maka ia nampak huduh macam beruk.
Jadi apabila kerajaan PN menghidupkan semula Jasa, jangan mendiang kerajaan PH marah, sebaliknya insaflah akan kebodohan diri sendiri itu. Tidak ada guna sedikit pun berbudi kepada orang yang tidak tahu menilai erti budi. Trims.

Sumber : https://www.facebook.com/mohdsayuti.omarii