“Sedangkan lidah lagi tergigit…” Suami melutut rayu isteri kembali ke pangkuan

“Sedangkan lidah lagi tergigit…” Suami melutut rayu isteri kembali ke pangkuan

“Sedangkan lidah lagi tergigit…” Suami melutut rayu isteri kembali ke pangkuan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mana-mana hubungan perkahwinan pastinya akan diuji dari pelbagai segi yang kadang kala tidak dijangka oleh setiap orang.

Namun, jika jodoh dan kasih sayang masih kuat, pastinya mereka akan kekal bersama meskipun dugaan mendatang itu sangat mencabar buat mereka.

Seperti yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iamzyrul ini apabila berkongsi akan kemelut yang dilanda oleh dia dengan isteri tercinta.

Menurut Iamzyrul, selepas tiga bulan dia dan isteri berjauhan, dia gembira apabila melihat wanita yang dicintai itu ada di depan matanya. Namun, keadaan menjadi kecewa apabila isterinya berubah malah membanci dirinya.

Iamzyrul menyatakan bahawa dia dan isteri tidak berjumpa disebabkan campur tangan keluarga yang membuatkan dia sangat merindui wanita berkenaan.

Tidak sangka semuanya akan jadi seperti ini, Iamzyrul memaklumkan mereka telah bersama sejak zaman sekolah lagi sehingga diijabkabulkan pada tahun lalu.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat dia cuba memujuk isterinya yang berada di dalam kereta sekaligus menghalang wanita berkenaan menutup pintu kenderaan berkenaan.

"Sedangkan lidah lagi tergigit..." Suami melutut rayu isteri kembali ke pangkuan

Bukan itu sahaja, Iamzyrul juga lihat sanggup melutut semata-mata ingin memujuk wanita yang dicintai itu.

Rata-rata warganet bersimpati akan nasib lelaki berkenaan. Malah, mereka turut meninggalkan pelbagai tips yang membantu melembutkan hati isterinya itu.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga berharap agar lelaki ini terus kuat dengan dugaan rumah tangga yang terpaksa dilalui itu.