Sebak!!! Tak mampu bayar ambulans, bapa bonceng jenazah anak sejauh 70 KM

Sebak!!! Tak mampu bayar ambulans, bapa bonceng jenazah anak sejauh 70 KM

Sebak!!! Tak mampu bayar ambulans, bapa bonceng jenazah anak sejauh 70 KM, Seorang bapa nekad membawa jenazah anaknya sejauh 70 kilometer dari Kabupaten Bone ke Kabupaten Sinjai dengan hanya membonceng motosikal.

Sebak!!! Tak mampu bayar ambulans, bapa bonceng jenazah anak sejauh 70 KM

Lapor Tribunnews, lelaki yang berasal dari Kampung Batu Lappa, Kecamatan Sinjai Timur itu membawa bayi tersebut bersama abangnya.

Bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Pancaitana Kabupaten Bone selepas dilahirkan menerusi pembedahan caesar.

Asalnya, Asdar merayu kepada pihak pengurusan untuk menggunakan kenderaan ambulans milik hospital tersebut.

Pemandu ambulans tersebut memaklumkan harga sewa kenderaan itu adalah 700,000 rupiah (RM204).

“Saya merayu kerana hanya ada 500,00 rupiah (RM145) dan tidak mempunyai wang. Saya cuba merayu lagi kalau boleh disewakan 600,000 rupiah (RM175) tetapi jawapan tetap sama tidak boleh,” luahnya.

Disebabkan buntu kerana tiada pilihan lain, Asdar meminta abangnya segera membonceng dirinya sambil menggendong bayinya.

Selepas kisah tersebut menjadi tular, pihak pengurusan hospital tampil memohon maaf kepada lelaki itu.