Sebak!!! “Saya anak yatim piatu, mak mentua lah tempat menumpang kasih…”

Sebak!!! “Saya anak yatim piatu, mak mentua lah tempat menumpang kasih…”

“Saya anak yatim piatu, mak mentua lah tempat menumpang kasih…”  Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa. Pepatah itu tepat menggambarkan situasi sayu seorang wanita yang masih dan tetap disayangi ibu mentuanya meskipun jodoh dengan suami tidak panjang.

Terlampau kasih dan sayang, wanita ini siap membuat kejutan buat ibu mentuanya tanda ingatan dan penghargaan buat seseorang yang pernah menjadi ‘ibunya’.

Perkongsian di Tiktok membuatkan ramai sebak membaca kapsyen wanita ini yang dilihat terlampau sayang dan menghargai ibu mentua meskipun kini dia dan suami telah berpisah.

Apa yang lebih meruntun hati, wanita ini hanya menumpang kasih dan menganggap ibu mentua sebagai ibu sendiri memandangkan dia seorang anak yatim piatu.

Rata-rata netizen sebak melihat perkongsian wanita ini di samping bersyukur kerana dia masih disayangi oleh ibu mentua.

Malahan, ramai yang menyatakan tiada sitilah bekas ibu mentua dan ikatan ‘ibu’ akan kekal selamanya walaupon telah berpisah dengan anak.

 

Tonton juga