Sayu nikah tanpa mak, netizen turut sedih, memahami rasanya macam mana

Sayu nikah tanpa mak, netizen turut sedih, memahami rasanya macam mana

Sayu nikah tanpa mak, netizen turut sedih, memahami rasanya macam mana. Dalam kemeriahan dan debaran yang dianantikan ingin melafazkan akad nikah, terasa seperti ada kekurangan apabila tanpa kehadiran ibu atau bapa di hari bahagia itu.

Sayu nikah tanpa mak, netizen turut sedih, memahami rasanya macam mana

Namun, siapalah kita mahu menidakkan kuasa sang Pencipta dan sebagai seorang anak, jadilah yang terbaik serta menjaga nama baik mereka walaupun jasadnya tidak lagi kelihatan.

Melalui detik sama, Aisyah Ariffin yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki ada merakam moment di sekitar majlis pernikahan abangnya pada hari itu.

Dalam entri tersebut, abangnya lantas memeluk erat ayah sambil menangis selepas usai lafaz akad nikahnya.

Pun begitu, lain rasanya apabila arwah emak mereka tiada di hari bahagia salah seorang anaknya dan jika dapat lihat, Aisyah ada meletakkan sosok tubuh arwah emaknya tersenyum dalam video sebagai pengganti.

Bagi yang sentiasa mengikuti video Aisyah, pasti tahu keakraban 12 orang adik beradiknya yang sering menjadi inspirasi kepada orang ramai kerana sentiasa sepakat dan bertolak ansur.

 

Baca juga