Sanggup tawar RM11,000 untuk kerja cuci pinggan di Singapura

Sanggup tawar RM11,000 untuk kerja cuci pinggan di Singapura

Sanggup tawar RM11,000 untuk kerja cuci pinggan di Singapura.

Menurut MustShareNews, tawaran gaji di sebuah restoran di Singapura meningkat sehingga SG $3,500 (RM11,000) untuk mencari pekerja bagi membasuh pinggan mangkuk selepas jawatan itu tidak terisi lama disebabkan tawaran gaji yang rendah.

Akibatnya, pemilik restoran terpaksa membasuh pinggan mangkuk sendiri di restoran yang diusahakannya.

Menurut Chen Weixin (pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake yang terletak di Orchard Road), kerja yang biasa dilakukan oleh warga asing dari Malaysia tidak mendapat sambutan walaupun dengan tambahan gaji sebanyak SG $50 (RM160) sehari.

Walaubagaimanapun, sejak tawaran gaji baru SG $3,500 sebulan (bersamaan gaji minimum seorang graduan universiti) barulah Weixin berjaya mencari pekerja Malaysia.

Tambah Weixin, dia hanya bergantung harap pada pekerja asing warga Malaysia kerana tiada rakyat Singapura yang sanggup mengambil tawaran ini.

Namun begitu, sejak Covid-19 melanda, ramai warga Malaysia yang pulang ke tanah air hingga menimbulkan masalah kekurangan pekerja dengan pelonggaran peraturan Covid-19 sejak 29 Mac dan pengetatan dasar buruh asing di sana.

Shin Min Daily News juga melaporkan bahawa beberapa perniagaan F&B terpaksa menawarkan gaji sehingga SG $4,000 (12,000) sebulan untuk membasuh pinggan dan bonus sebanyak SG $3,000 (9,500).

Ada juga yang menawarkan gaji pokok SG $2,600 (RM8,314) dengan bonus pengambilan pekerja sebanyak SG $2,000 (RM6,400) dan bonus prestasi sehingga SG $1,000 (3,200) sebulan, menurut pengendali F&B di sana.

Meskipun dengan tawaran gaji tinggi, mereka akui kakitangan masih belum mencukupi.

Menurut pemilik bersama Iko Restaurant and Bar di sepanjang Neil Road, lambert Chen menyatakan bahawa kerja mencuci pinggan merupakan kerja yang berat dan hanya segelintir sahaja rakyat Singapura yang sanggup bekerja dalam bidang ini.

Ketua pegawai eksekutif Restoran Tung Lok Andrew Tjoe berkata mereka mengupah sebuah syarikat pembersihan 10 tahun lalu untuk menangani isu ini, membayar mereka antara $3,800 hingga $4,000 setiap pekerja, lapor Shin Min Daily News

Berdasarkan kajian, industri F&B di Singapura sememangnya dikenali dengan kekurangan kakitangan pekerja di bahagian belakang dapur sejak 2012 meskipun gaji yang ditawarkan tinggi.