Samseng mana pulak ni… Warga asing tidak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah diburu

Samseng mana pulak ni… Warga asing tidak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah diburu

Samseng mana pulak ni… Warga asing tidak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah diburu.

Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang, dekat sini yang tular hari ini.

Samseng mana pulak ni... Warga asing tidak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah diburu

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata insiden itu dikesan selepas video berdurasi 18 saat dimuat naik dua pemilik akaun TikTok.

Berikutan itu, Ashari berkata satu laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu.

“Menerusi video itu, ia memaparkan seorang lelaki warga asing bukan sahaja tidak memakai pelitup muka sebaliknya turut mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan bertugas di pasar raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.