“Salam takziah sis…” Ibu trauma pemergian anak tersepit celah katil, puas cari rupanya bayi dah tak bernyawa

“Salam takziah sis…” Ibu trauma pemergian anak tersepit celah katil, puas cari rupanya bayi dah tak bernyawa

“Salam takziah sis…” Ibu trauma pemergian anak tersepit celah katil, puas cari rupanya bayi dah tak bernyawa.

Hancur luluh hati seorang ibu atas pemergian bayi lelakinya akibat terjatuh di celah katil bilik tidur.

Berlaku pada 11 hari lalu, wanita ini akui masih terbayang insiden berkenaan dan trauma dengan apa yang berlaku.

Perkongsian Thira Mishu di Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) menunjukkan beberapa foto pasukan forensik yang yang sedang memeriksa bilik selain wajah anak kesayangan berusia 2 bulan berkenaan.

Thira Mishu menceritakan saat dia terjaga dari tidur, anaknya Mohd Adrayyan Zayn Amsyar telah tiada di sisi dan sama sekali tidak menyangka mangsa akan jatuh di celah katil.

Susulan kejadian tersebut, Thira akui sangat trauma malahan takut untuk memasuki bilik tersebut gara-gara masih terbayang keadaan anaknya yang tersepit di celah katil.

Malahan, dia bercadang untuk berpindah ke rumah lain meskipun baru tinggal sebulan di sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati atas apa yang berlaku dan mendoakan agar ibu ini kekal tabah dan menjadi lebih kuat pada hari-hari berikutnya.