Salahuddin sedia menggalas ‘amanah’ demi Malaysia lebih baik

Salahuddin sedia menggalas ‘amanah’ demi Malaysia lebih baik

 

Terima kasih kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan peluang untuk saya terus menabur bakti dalam kabinet.

Ini adalah Kerajaan Perpaduan, dan semestinya lebih banyak usahasama diperlukan dalam mendokong aspirasi rakyat sekaligus memacu ekonomi Malaysia yang lebih mampan.

Terima kasih sekali lagi buat rakyat Malaysia yang mengundi pada PRU15 baru-baru ini.

Teruskan doa dan sokongan anda kepada kami.

Saya, Salahuddin Ayub, sedia menggalas amanah yang diberikan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dengan kos sara hidup yang lebih lestari.

#AmanahBersihRahmah

Salahuddin sedia menggalas 'amanah' demi Malaysia lebih baik