Salahuddin ‘kesal’ perjalanan sidang DUN Johor dilihat umpama ‘pidato piala perdana menteri’

Salahuddin ‘kesal’ perjalanan sidang DUN Johor dilihat umpama ‘pidato piala perdana menteri’

Menurut YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, ADUN Simpang Jeram, telah sampai masanya DUN Johor perlu direfomasikan .

Perjalanan sidang sangat suram dan membosankan. Persidangan seolah-olah seperti pertandingan pidato piala perdana menteri. Peraturan mesyuarat tidak mengizinkan celahan untuk meminta penjelasan.

Ini tidak selari dengan semangat House of Commons yang menjadi penanda aras mutu kecemerlangan badan-badan perundangan seperti parlimen dan dewan undangan negeri.

Salahuddin 'kesal' perjalanan sidang DUN Johor dilihat umpama 'pidato piala perdana menteri'

Kerajaan Johor perlu memandu halatuju pentadbiran yang lebih pro rakyat terutama membantu meningkatkan kembali ekonomi rakyat pasca pendemik Covid-19.

Pentadbiran PBT mesti punya visi yang jelas untuk membantu rakyat, peniaga-peniaga kecil dan usahawan yang sedang bertarung untuk kembali memulihkan perniagaan mereka, katanya.

Jangan ada tindakan PBT dan jabatan-jabatan kerajaan yang menyaman secara melampau dan tidak berhati perut.

Terdapat bukti kukuh ada peniaga kecil yang dinaikan kadar sewa dan tunggakan sehingga puluhan ribu ringgit semasa pendemik Covid-19 melanda negara. Saya akan terus berjuang memberikan pembelaan yang sewajarnya, katanya lagi.

KerajaSalahuddin ‘kesal’ sidang DUN Johor dilihat umpama ‘pidato piala perdana menteri’an Johor melalui Menteri Besar yang baru juga perlu mengkaji pengagihan projek-projek yang telah diberikan kepada Syarikat Konsensi Safwa Global Venture (SGV) dibawah Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS). Jika tersalah urus dan berlaku ketidakadilan dalam perlaksanaan adalah dibimbangi hampir 3 ribu kontraktor bumiputera G1 G2 G3 dan G4 yang bakal gulung tikar.