Salahuddin gesa polis siasat pihak bangkitkan kebencian terhadap badan kehakiman negara

Salahuddin gesa polis siasat pihak bangkitkan kebencian terhadap badan kehakiman negara

Salahuddin gesa polis siasat pihak bangkitkan kebencian terhadap badan kehakiman negara.

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa polis memulakan siasatan berhubung dakwaan terdapat komplot yang mahu menjatuhkan badan kehakiman negara, susulan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa, terdapat usaha yang dilakukan pihak tertentu dalam cubaan untuk menghina sistem kehakiman Malaysia.

Salahuddin gesa polis siasat pihak bangkitkan kebencian terhadap badan kehakiman negara

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, jelas terdapat satu perancangan besar di sebalik dakwaan terhadap Mohd Nazlan sekali gus mereka mengambil kesempatan itu untuk mencemarkan institusi kehakiman negara.

“Adalah ironis bahawa seorang hakim yang berintegriti dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik telah dikaitkan dengan dakwaan melakukan salah laku dan menimbulkan keresahan orang ramai.

“Ini amat berbahaya dan sebab itu wakil parti Amanah membuat laporan polis di semua negeri supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baru Utara di sini pada Khamis.

Salahuddin juga menggesa polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membangkitkan kebencian terhadap Mohd Nazlan dan badan kehakiman negara.

“Kami (Amanah) akan membuat susulan dengan pihak berkuasa mengenai tindakan seterusnya selepas siasatan mereka.

“Apa yang penting ialah kita perlu membuka mata orang ramai tentang usaha pihak berkenaan untuk mengganggu kehakiman negara,” katanya.