Salahuddin cadang 4 perkara penting lindungi petani

Salahuddin cadang 4 perkara penting lindungi petani

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, kami mendapati isu kekurangan bekalan ayam adalah realiti yang memang berlaku.

Seawal jam 10 pagi sahaja, stok ayam sudah hampir habis dijual. Harga ayam daging meningkat kepada RM11/kg berbanding harga siling ayam RM8.90 sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Sayur-sayuran juga begitu. Timun yang dulunya berharga RM3, namun sekarang harganya sudah mencecah RM7!

Disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah yang sangat mendadak di pasaran, saya diberitahu juga oleh para petani dan penjual di pasar Chow Kit berkenaan, bahawa bilangan pelanggan juga semakin berkurang, jadi bagaimana golongan ini mahu meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan mereka?

Melihatkan kepada situasi yang semakin meruncing ini, perlunya perlindungan kepada golongan petani yang semakin hari semakin dihimpit dengan pelbagai kesukaran, ditambah pula dengan terdedahnya mereka terhadap perubahan iklim dan kemerosotan tanah.

Saya nyatakan empat perkara penting atau cadangan sebagai perlindungan bagi golongan petani:

1. Program bantuan.
2. Pembukaan kawasan pertanian baharu.
3. Program pemodenan pertanian.
4. Program tanaman makanan ternakan.