Salah siapa? Budak 4 tahun maut dihempap tiang, ibu sibuk siapkan juadah berbuka di dapur

Salah siapa? Budak 4 tahun maut dihempap tiang, ibu sibuk siapkan juadah berbuka di dapur

Salah siapa? Budak 4 tahun maut dihempap tiang, ibu sibuk siapkan juadah berbuka di dapur.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat dihempap tiang batu botol pada petang semalam.

Kejadian yang berlaku di Alor Gajah melibatkan mangsa, Nur Iman Irdina, 4, dijumpai berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali.

Menurut sumber Harian Metro, arwah Iman sedang bermain seorang diri di beranda sementara ibunya sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.

“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.”

“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol.”

Turut baca

Ujar ibu mangsa, tiang batu botol berkenaan sememangya sudah retak dan sama sekali tidak menyangka insiden tersebut meragut nyawa anak bongsunya.

Terkilan kerana telah merancang akan membaiki kerosakan tersebut, ibu ini segera membawa mangsa ke hospital Alor Gajah.

“Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.”

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan proses bedah siasat sedang dijalankan setakat ini.