Sakan berhibur hingga timbul selisih faham punca warga Afrika maut ditetak

Sakan berhibur hingga timbul selisih faham punca warga Afrika maut ditetak. Viral di Twitter, video seorang lelaki warga Afrika berlumuran darah dan disahkan maut selepas ditetak di pusat hiburan Jalan Tun Razak (TREC). Menerusi laporan Kosmo, lapan individu warga Afrika dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 5:35 pagi semalam melibatkan enam lelaki dan dua wanita warga Afrika yang sedang berhibur di pusat hiburan tersebut. Difahamkan kejadian tersebut berlaku disebabkan perselisihan faham.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, tiga daripada lapan warga Afrika itu mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia akibat daripada tetakan. Mangsa yang meninggal dunia disahkan maut setelah mendapat rawatan di hospital.
Dipercayai, mangsa dan rakannya terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga asing. Lanjutan siasatan menemui tetakan di belakang leher mangsa yang mengakibatkan mangsa maut semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Susulan daripada itu, lapan warga asing tersebut ditahan untuk tindakan lanjut dan hukuman mati akan dijatuhkan jika mereka didapati bersalah.