Saifuddin angkat ‘bendera putih’, ucap tahniah pada Rafizi, hormat keputusan ahli

Saifuddin angkat ‘bendera putih’, ucap tahniah pada Rafizi, hormat keputusan ahli

Saifuddin angkat ‘bendera putih’, ucap tahniah pada Rafizi, hormat keputusan ahli.

Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengangkat “bendera putih” walaupun pencabarnya bagi jawatan itu, Rafizi Ramli belum diumum sebagai pemenang secara rasmi.

Saifuddin angkat ‘bendera putih’, ucap tahniah pada Rafizi, hormat keputusan ahli

Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada pesaingnya Rafizi Ramli.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan anggota parti dan berharap agar soal menang atau kalah tidak akan menggugat perpaduan serta silaturahim dalam PKR.

“Sikap saya mudah dan jelas. Hormat keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturahim.

“Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah, keadilan akan terus kuat,” katanya.

Saifuddin berkata, tumpuannya kini adalah untuk memastikan kongres nasional parti pada Jun ini berjalan lancar, di mana keputusan pemilihan akan diumumkan secara rasmi.

Beliau yang juga penyandang setiausaha agung PKR, berkata sekitar 3,000 perwakilan akan memilih 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat bagi membentuk barisan kepimpinan yang lengkap.

“Selesai proses ini Anwar Ibrahim selaku presiden akan mempunyai satu barisan kepimpinan yang lengkap. Tugas saya bernoktah di situ. Tugas seterusnya, kepimpinan baru mempersiap parti mendepani PRU15,” katanya.

Keputusan untuk semua negeri dan Wilayah Persekutuan telah diumumkan kecuali Sarawak dan setakat ini, Rafizi memperoleh 67,895 undi berbanding Saifuddin 48,797 undi.

Rafizi menguasai undi majoriti di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan, selain Saifuddin menang di Sabah dan Perlis.