Calon N25 Rengit ‘tekad’ selesai Rumah Mesra Rakyat tertangguh sejak 2018

Calon N25 Rengit ‘tekad’ selesai Rumah Mesra Rakyat tertangguh sejak 2018

Calon N25 Rengit ‘tekad’ selesai Rumah Mesra Rakyat tertangguh sejak 2018.    Calon N25 Rengit, Khairuddin A Rahim menggesa kerajaan yang akan dipilih di PRN Johor menyelesaikan isu Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Khairuddin berkata, meskipun pembinaan rumah seperti RMR tidak mendatangkan keuntungan yang banyak, namun rakyat ternanti-nanti penyiapannya

“Nilai rumah RM75,000. Dengan RM20,000 subsidi dari kerajaan manakala RM 55,000 dari pinjaman bank yang diurus oleh SPNB.

Terdapat rumah sejak 2018 tidak lagi di bina walaupun peserta telah mencagarkan tapak rumah kepada bank.

“Di daerah Batu Pahat sahaja dikhabarkan hampir 10 biji rumah tidak dapat dimulakan pembinaan disebabkan tiada kontraktor yang sudi melaksanakan projek tersebut sebab harganya sangat rendah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, faktor kenaikan harga barang adalah punca kontraktor tidak mahu meneruskan pembinaan RMR.

Dengan kenaikan kos bahan binaan, pihak kontraktor enggan untuk menerima projek sebab mereka akan mengalami kerugian dan ia dianggap membuang masa kerana ‘margin’ untung yang rendah.

“Ditambah lagi wang tahanan apabila rumah tersebut siap boleh menyebabkan kerugian kepada kontraktor, katanya

Turut baca