Rogol 13 pelajar, ada yang hamil 2 kali, bekas guru dijatuhkan hukuman mati

Rogol 13 pelajar, ada yang hamil 2 kali, bekas guru dijatuhkan hukuman mati.
Seorang ustaz yang juga bekas guru dan pengasas sekolah tahfiz telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung atas kesalahan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan bawah umur pada Februari lalu.
Pelaku, Herry Wirawan, 36 telah merogol 13 orang pelajar sehingga ada di antaranya hamil sebanyak dua kali.
Menurut Harian Metro, Mahkamah di Indonesia telah mengubah hukuman dari penjara seumur hidup kepada hukuman mati terhadap guru agama berkenaan.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan dilihat tidak setimpal.
Jenayah yang dilakukan oleh seorang ‘ustaz’ yang berselindung di sebalik kopiah itu nyata menggemparkan seluruh Indonesia kerana ianya telah menyentuh keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama.
Antara 13 mangsa rogol, ada beberapa hamil 2 kali…
Perbuatan terkutuk dan jijik dilakukan Herry difahamkan belaku sejak 2016 sehingga 2021. Dia didakwa merogol 13 gadis dan mangsa terdiri dari gadis yang berusia 12 hingga 16 tahun.
Lebih dahsyat, dia telah menghamilkan 8 mangsa daripadanya dan ada yang telah hamil sebanyak 2 kali.
Turut baca
- Darah dah merata atas lantai… Rompak waktu sahur di Wakaf Bharu, satu keluarga trauma, ketakutan
- Disyaki terlibat dadah, dua lelaki maut berbalas tembakan dengan polis
- {VIDEO} ‘Biar dia rasa…’ Netizen puas hati lihat lelaki lempar semula sampah ke arah pemandu
Tonton juga