“Rindu beraya dikampung…” 330,000 tiket bas balik kampung ‘licin’ dijual

“Rindu beraya dikampung…” 330,000 tiket bas balik kampung ‘licin’ dijual

“Rindu beraya dikampung…” 330,000 tiket bas balik kampung ‘licin’ dijual

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) memaklumkan hampir 330,000 tiket bas melibatkan semua destinasi di Semenanjung habis terjual.

"Rindu beraya dikampung..." 330,000 tiket bas balik kampung ‘licin’ dijual

Yang Dipertua Pembawa, Laili Ismail berkata, tiket tersebut membabitkan lebih 8,500 trip perjalanan merangkumi 680 bas, bermula Khamis ini sehingga 8 Mei depan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya bersedia membuka trip perjalanan tambahan jika permintaan tinggi.

“Setakat ini, kita telah membuka dua trip perjalanan membabitkan laluan ke Kota Bharu dan kita akan bersedia membuka lebih banyak bas tambahan jika ada permintaan.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang untuk pulang ke kampung kerana bas tambahan kita sentiasa bersedia pada bila-bila masa,” katanya menurut laporan Kosmo.

Laili ketika mengulas lanjut, berkata pada musim perayaan kali ini antara laluan mendapat permintaan tinggi adalah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Lumpur ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur ke laluan Utara.