“Rezeki tak akan nak tolak…” Datuk kahwini gadis 18 tahun

“Rezeki tak akan nak tolak…” Datuk kahwini gadis 18 tahun

“Rezeki tak akan nak tolak…” Datuk kahwini gadis 18 tahun.

Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki tua mengahwini gadis berusia 18 tahun, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran itu dimuat naik pada akaun Facebook @Happy-wedding Planner. Ia memaparkan gadis bernama Via, 18, berkahwin dengan suaminya, H Sondani yang berusia 65 tahun.

 “Rezeki tak akan nak tolak..." Datuk kahwini gadis 18 tahun

GAMBAR menunjukkan pasangan pengantin dengan jarak umur 46 tahun.

Menurut akaun tersebut, H Sondani merupakan seorang pemilik tanah di kampungnya. Lelaki itu telah memberikan mas kahwin 500 juta rupiah (RM149,978) untuk isterinya.

Bukan itu sahaja, H Sondani turut memberikan rumah, kereta dan pakej menunaikan umrah kepada isterinya.

“Berkahwin itu nasib, mencintai itu takdir. Kamu boleh merancang untuk menikahi sesiapa sahaja tetapi tidak dapat merancang untuk mencintai siapa. Yang masih bujang, bersabarlah, mudah-mudahan segera kahwin,’’ demikian kapsyen pada hantaran berkenaan.

Akaun itu turut memuat naik beberapa gambar perkahwinan pasangan jarak umur 46 tahun itu. Penampilan kedua-duanya dilihat menyerlah di hari perkahwinan mereka.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tidak mengira umur, yang penting banyak duit. Yang muda kalah dengan yang tua,’’ tulis seorang netizen.

“Percayalah kita sudah kalah kawan-kawan,’’ komen netizen lain.