Rempuh 4 kenderaan, pemandu BMW disahkan tiada lesen, alami gangguan mental

Rempuh 4 kenderaan, pemandu BMW disahkan tiada lesen, alami gangguan mental

Rempuh 4 kenderaan, pemandu BMW disahkan tiada lesen, alami gangguan mental. Seorang penghantar makanan cedera selepas dirempuh sebuah kereta jenis BMW dipercayai dipandu oleh seorang lelaki yang mempunyai masalah mental di Jalan Balakong menghala Seri Kembangan pada Ahad.

Rempuh 4 kenderaan, pemandu BMW disahkan tiada lesen, alami gangguan mental

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, suspek turut melanggar sebuah Perodua Myvi, Mazda 8, Honda Jazz termasuk motosikal Yamaha LC135 milik penghantar makanan tersebut.

Menurut Superintendan Azman Shari’at selaku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, suspek memandu kenderaannya secara melulu hingga melanggar semua kenderaan dari arah belakang.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang.”
“Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu terjatuh di atas jalan.”

Beliau berkata, penghantar makanan berusia 33 tahun terbabit mengalami kecederaan ringan pada tangan kanan dan badan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan Baru sekitar jam 7.10 malam pada Ahad.

Tambah Azman lagi, suspek mempunya rekod rawatan mental dari PPUM dan disahkan tiada lesen memandu.

“Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai kad rawatan mental dari PPUM.”

“Selain itu, suspek juga didapati tiada lesen dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan iaitu rakannya yang meminjamkan kereta berkenaan.”

 

Turut baca