Remaja lelaki 18 tahun maut kepala tersangkut enjin bot

Remaja lelaki 18 tahun maut kepala tersangkut enjin bot

Remaja lelaki 18 tahun maut kepala tersangkut enjin bot. Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya tersangkut pada enjin bot pam dalam kejadian di Kampung Panji berhampiran Hospital Semporna, Sabah, hari semalam.

Remaja lelaki 18 tahun maut kepala tersangkut enjin bot

Kepala remaja berusia 18 tahun dikatakan tersangkut ketika cuba menghidupkan enjin berkenaan untuk keluar menangkap ikan, 11.30 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.

“Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot kevlar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di kampung berkenaan, pasukan bomba terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk ke lokasi kejadian berikutan ketiadaan laluan bot.

“Sejurus tiba anggota bertugas mendapati mangsa sudah dikeluarkan dari bot berkenaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya menurut laporan Kosmo.

Menurutnya, berdasarkan maklumat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada lengan jaket mangsa yang terlilit pada ‘shaft’ penyambung enjin bot ketika sedang bergerak di laut.

“Kejadian itu mengakibatkan tangan mangsa tertarik lalu terjatuh, manakala rambut dan kepala mangsa juga tersangkut pada ‘shaft’ penyambung berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pukul 12.19 tengah hari semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

 

Turut baca