Remaja lelaki 17 tahun maut digilis lori

Remaja lelaki 17 tahun maut digilis lori

Seorang remaja lelaki maut digilis lori membawa muatan batu berhampiran Kampung Kepayang, Jalan Gopeng-Simpang Pulai di sini semalam.

Kejadian pukul 11.50 pagi itu mengorbankan, Farhan Iqbal Fahid Nazrul, 17, yang menunggang motosikal Yamaha Y150.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan.

Menurut jurucakap itu, setibanya di lokasi, mangsa yang cedera parah berada di bawah sebelah kiri kenderaan berat tersebut.

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tujuh minit. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.