Remaja 14 tahun teresak-esak selepas disabit membunuh

Remaja 14 tahun teresak-esak selepas disabit membunuh

Remaja 14 tahun teresak-esak selepas disabit membunuh.

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Liverpool, England menangis teresak-esak ketika didapati bersalah kerana menikam seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun sehingga mati, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Remaja 14 tahun teresak-esak selepas disabit membunuh

AVA White, 12, dibunuh pada 25 November tahun lalu

Tertuduh dengan identiti yang tidak didedahkan itu telah menikam Ava White, sehingga mati di pusat bandar Liverpool sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan) pada 25 November tahun lalu.

Dia bagaimanapun ada memberitahu polis sebelum ini bahawa akan terlepas daripada tuduhan ketika disoal siasat.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, mangsa bersama kawan-kawannya dikatakan telah bertengkar dengan tertuduh dan tiga rakannya kerana telah merakam video mereka pada aplikasi Snapchat.

Mangsa bertengkar dengan tertuduh kerana merakam video tanpa kebenaran. Rakan-rakan mangsa berkata, tertuduh turut tersenyum selepas menikamnya di lorong sebuah sekolah lalu melarikan diri.

Tertuduh mengaku telah menikam mangsa, namun menurutnya, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja untuk mempertahankan diri ketika cuba menakut-nakutkan mangsa.

Dia selain itu turut mengaku memiliki sebilah pisau bersaiz 7.5 sentimeter, tetapi menafikan pembunuhan.

Hakim di Mahkamah Diraja Liverpool kemudian mengesahkan bahawa tertuduh didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan.

Lebih 20 ahli keluarga mangsa bersorak tanda syukur ketika hakim membacakan keputusan. Menerusi satu rakaman video, tertuduh dilihat menundukkan kepalanya sambil menangis teresak-esak.