Rebut pelanggan, 7 individu terlibat pergaduhan ditahan

Rebut pelanggan, 7 individu terlibat pergaduhan ditahan

Selepas video pergaduhan yang tular sejak malam, Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Medan Selera Padang Kota Lama.

Supt V. Saravanan selaku Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut berkata 7 lelaki berusia 30 hingga 40 tahun telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam selepas membuat laporan polis oleh salah seorang daripada mereka.

“Video berdurasi 44 saat berhubung kejadian pergaduhan tersebut telah tular dan berdasarkan siasatan, ia berlaku pada 11.40 malam Selasa (1 Feb) melibatkan beberapa lelaki tempatan dan susulan insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki berumur 36 tahun.

Rebut pelanggan, 7 individu terlibat pergaduhan ditahan

“Menurut pengadu, semasa kejadian dia dan seorang lelaki yang juga sepupunya berada di kedai makan milik mereka di medan selera itu sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dengan lima lelaki sehingga mencetuskan pergaduhan. Dua daripada lelaki tersebut merupakan adik pengadu manakala tiga lagi adalah sepupunya.”

Saravanan berkata, siasatan mendapati punca pergaduhan adalah gara-gara dendam lama antara dua kumpulan medan selera tersebut yang berebut pelanggan sejak dahulu.

Akibat pergaduhan, masing-masing mengalami cedera ringan iaitu luka serta calar pada beberapa bahagian badan ekoran kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata.

Katanya, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.