Rakyat yang sihat dikurung, Industri kayangan dibiarkan

Rakyat yang sihat dikurung, Industri kayangan dibiarkan

Tadi tengok post di Group Ipoh melaporkan kenyataan Exco perak si Akmal yang juga menantu Haji Hadi yang kes di Perak hari ini melebihi 1 ribu kes positif Covid-19 buat kali pertama.. Apakah kini giliran Perak mengikut jejak Selangor dan Johor tercetusnya kluster Kilang dan Industri ?

Pertamanya bagi aku , Tak sepatut sebagai seorang Exco mendahului laporan rasmi KKM dengan membocorkan maklumat rahsia dan rasmi KKM.. Kalau di Singapura.. siapa yang bocorkan laporan sulit ini akan didakwa…

Dilaporkan kluster hari ini datang dari kluster Penjara dan Kilang.. Maknanya saringan itu dah dilakukan awal.. Umpamanya yang aku maklum..semua Anggota Penjara sudah dikuarantin bersama ahli keluarga mereka lebih seminggu yang lalu di Penjara Batu Gajah..

Kedua apakah PKP 2.0 benar benar berjaya ? Jika benar seperti dilaporkan..Bagaimana boleh wujud kluster Kilang setelah 2 Bulan ? Apakah ada rentas negeri melibatkan Pekerja asing dan Industri ? Jawabnya sudah tentu ada…Ini kegagalan mengawal pergerakan rentas daerah dan negeri..

Inilah masalahnya..Seperti aku sebut sebelum ini.. Rakyat yang sihat dikurung.. dibunuh ekonomi mereka.. manakala Industri kayangan dibiarkan..Sekali lagi melibatkan Industri Sarung tangan getah… Tak silap aku di Perak ada berpuluh Kilang berasaskan industri getah..

Apakah selepas ini kes akan merebak ke Kilang kilang yang lain..? Inilah sebenarnya Kluster tempat Kerja dan Industri yang telah menyusahkan Peniaga Kecil..Peniaga runcit… Perak antara kawasan yang banyak dengan Idustri..

Kalau kluster Kilang ini berjaya dikawal.. Alhamdulillah.. Kalau tidak, Perak akan mengikut jejak Selangor dan Johor melibatkan Kluster tempat kerja.Kilang dan Industri dalam tempoh yang lama….Jadi impian penyokong PAS ingin melihat kes mencecah 300 ribu seperti Allah makbulkan.

Sumber :