Rakyat sedang pinta bantuan, Parlimen perlu bersidang semula – Salahuddin

Rakyat sedang pinta bantuan, Parlimen perlu bersidang semula – Salahuddin

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa agar Parlimen bersidang semula bagi memastikan berlaku proses semak dan imbang.

Timbalan Presiden AMANAH Nasional berkenaan berkata, proses perundangan Dewan Rakyat tidak harus digantung memandangkan rakyat menghadapi pelbagai masalah impak pandemik.

“Tolong bersidang semula. MP tidak boleh membincangkan kepentingan rakyat di kedai mamak.

Rakyat sedang meminta bantuan sekarang,” tegasnya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sumber : https://malaysiadateline.com/ahli-parlimen-tidak-boleh-bincang-kepentingan-rakyat-di-kedai-mamak/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook