Rakyat perlu ‘berani’ tolak pemimpin rasuah, seru Anwar

Rakyat perlu ‘berani’ tolak pemimpin rasuah, seru Anwar

Rakyat perlu ‘berani’ tolak pemimpin rasuah, seru Anwar.

Rakyat tidak mempunyai pilihan untuk membawa perubahan kepada negara jika mereka menolak politik secara total pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Rakyat perlu 'berani' tolak pemimpin rasuah, seru Anwar

Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata jika pengundi terus menolak politik, gejala rasuah akan terus berleluasa andai pemimpin yang salah diangkat.

Katanya, .rakyat perlu berani membuat perubahan dengan memilih pemimpin politik yang bersih dan tidak rasuah.

“Kalau pilih untuk tolak politik, masa depan anak-anak kita akan ditentukan orang yang korup. Tak peduli Melayu, Kadazan, Cina, India kita ada pilihan, jangan izinkan rakyat dihumban (dengan politik rasuah),” katanya ketika berucap dalam Sidang Nadi Rakyat.

Hadir sama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Anwar yang juga presiden PKR berkata, Pakatan Harapan (PH) konsisten menolak kerajaan yang mengamalkan politik rasuah.

“Siapa boleh nafikan elit politik kaut kekayaan untuk diri dan pergunakan rakyat, bukan soal kaum. Ada elit politik Melayu yang khianat, dan Cina serta India yang kaut keuntungan termasuk daripada kalangan pekerja Bangladesh.

“Semua terpalit penyalahgunaan kuasa dan rasuah sebab itu ada langkah sekarang, yang mula menyerang badan kehakiman sebab takut dengan badan yang berani dan bebas.

“Parti kita dan PH berdiri tegak dari awal, untuk tegakkan keadilan, dari awal suarakan denyut nadi rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata walaupun PH dituduh tidak pandai memerintah apabila mentadbir Putrajaya hanya 22 bulan, gabungan berkenaan berjaya menurunkan kedudukan indeks persepsi rasuah (CPI) dari 61 ke 51.

“Bagaimanapun, satu tahun lebih mereka (kerajaan Melayu Islam PN-BN) ambil alih kerajaan, kedudukan itu naik ke tangga 61. Tahun ini barangkali cecah kedudukan 70 ke atas,” katanya.