Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

KEJADIAN tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa lalu mengejutkan negara apabila insiden itu menyebabkan terkorbannya seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah ditembak selepas berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis.

Kurang 24 jam daripada kejadian itu, satu lagi insiden sama berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah membabitkan serangan ke atas anggota Batalion 3 PGA yang cedera di perut selepas terkena tembakan ketika bertugas.

Dua kejadian itu, tatkala negara menutup dan memperketat kawalan sempadan tanah air angkara Covid-19, ternyata memberi kesukaran buat kumpulan penyeludup membolosi pintu sempadan bagi menjalankan aktiviti haram mereka.

 

Sumber berita : https://www.sinarharian.com.my/article/112293/BERITA/Nasional/Rakyat-Malaysia-jadi-dalang-sindiket-penyeludupan-di-sempadan