Rakyat lebih ‘yakin’ Salahuddin terajui Simpang Jeram, tolak 3 calon lain

Rakyat lebih ‘yakin’ Salahuddin terajui Simpang Jeram, tolak 3 calon lain

Rakyat lebih ‘yakin’ Salahuddin terajui Simpang Jeram.  AMANAH atas tiket Pakatan Harapan (PH) memenangi satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang dengan majoriti 2,399 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Rakyat lebih ‘yakin’ Salahuddin terajui Simpang Jeram, tolak 3 calon lain

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai menewaskan Zarul Salleh (PN), Lokman Md Don (BN), Mahaizal Mahmor (Pejuang).

“Alhamdulillah sekali lagi saya diberikan mandat oleh rakyat Simpang Jeram untuk terus menerajui DUN ini.

“Saya juga berdukacita dengan rakan-rakan seperjuangan yang tewas pada pertempuran kali ini. Perjuangan kita masih panjang.

“Moga kita terus berdiri sama teguh bagi menerajui HARAPAN di tanah air kita demi anak bangsa tercinta,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata, beliau akan terus berkhidmat memperjuangkan hak rakyat.

“Saya dan para petugas serta AMANAH Kawasan Simpang Jeram akan terus menabur bakti memberikan yang terbaik untuk warga Simpang Jeram.

“Selaku ADUN juga, saya akan terus menyampaikan suara rakyat dengan lantang demi memastikan setiap polisi yang terbentuk memberi manfaat yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak termasuk jentera pilihan raya, pihak berkuasa, media dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta Parlimen Bakri kerana membantu tanpa mengira penat lelah bagi menjayakan PRN Johor kali ini.

“Terima kasih kepada semua yang keluar mengundi. Bersama-sama kita mendokong sistem demokrasi. Terima kasih Simpang Jeram!” tambahnya lagi.