“Rakyat kian leka…” KKM mungkin kuatkuasa semula kompaun individu langgar SOP

“Rakyat kian leka…” KKM mungkin kuatkuasa semula kompaun individu langgar SOP

Pihak Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap peningkatas kes harian Covid-19 sejak beberapa hari ini.

Menterinya, Khairy Jamaludin berkata jika ia berterus kemungkinan KKM akan menguatkuasakan semula prosedur operasi standard (SOP) memandangkan ramai yang dilihat tidak mematuhinya.

“Kita tengok dalam banyak keadaan, di mana walau di kawasan tertutup seperti dalam bangunan, sudah ramai yang mula tak pakai pelitup muka.”

“Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup masih wajib, cuma sejak 17 April kita sudah tidak keluarkan notis kompaun.”

Namun begitu, pihaknya menegaskan selain berharap agar keadaan tidak sampai ke tahap itu, malah negara sudahpun beralih ke fasa endemik.

“Lagipun kalau keluar notis kompaun, ramai rakan menteri saya kena.” seloroh Khairy.