Punyai rekod jenayah, lelaki maut ditembak lebih 10 das

Punyai rekod jenayah, lelaki maut ditembak lebih 10 das

Punyai rekod jenayah, lelaki maut ditembak lebih 10 das. Seorang lelaki maut selepas ditembak lebih 10 das dalam kejadian di kawasan parkir sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Bukit Mertajam malam tadi.

Punyai rekod jenayah, lelaki maut ditembak lebih 10 das

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun itu kira-kira jam 9.30 malam sebelum sepasukan polis terus ke lokasi tersebut.

“Mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah itu ditemukan di tingkat tiga kawasan parkir tersebut.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak mangsa lebih daripada seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shuhaily setakat ini polis menemuikan 12 kelongsong peluru di lokasi kejadian namun jumlah das tembakan yang terkena tubuh mangsa masih disiasat.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu bermotifkan dendam berikutan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati lelaki itu tinggal di kondominium tersebut sejak lima bulan lepas dan polis akan mendapatkan rakaman kamera liter tertutup di sekitar lokasi bagi membantu siasatan kes tersebut.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya menambah berdasarkan siasatan, mangsa turut dikehendaki polis.