PRU15 : Dakwa anggota tentera dibayar RM300, Anwar sedia serah bukti

PRU15 : Dakwa anggota tentera dibayar RM300, Anwar sedia serah bukti

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan mempunyai bukti anggota tentera, terutama di Bera sudah mengundi, semalam, selain dibayar RM300 bagi berbuat demikian.

Pada sidang media di Kuching, Anwar berkata, beliau boleh membuktikan dakwaan dikemukakannya dan mahu siasatan dilakukan.

“Saya sudah buat kenyataan terbuka dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu saya mengemukakan bukti. Jadi, saya akan beri kepada mereka,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, membidas Anwar mengenai dakwan itu, sambil menyatakan dakwaan itu “berniat jahat” dan “fitnah”.

Ismail, yang mempertahankan kerusi Bera, mendesak Anwar menarik balik kenyataan dibuat, sambil menyatakan presiden PKR itu menghina angkatan tentera.

Malaysia akan mengundi pada 19 Nov dengan undi awal ditetapkan, pada 15 Nov.

PRU15 : Dakwa anggota tentera dibayar RM300, Anwar sedia serah bukti pada SPR