Proses pengambilan vaksin terlalu rumit, kata Anwar

Proses pengambilan vaksin terlalu rumit, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini mencadangkan supaya proses pendaftaran dan pengambilan vaksin itu dipermudahkan.

“Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menggesa rakyat agar tidak berlengah dan segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.

“Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya.

Anwar menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan petugas perubatan diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses vaksinasi berlangsung. | MK