Projek automotif RM85 juta, 9 termasuk ‘Datuk’ direman

Projek automotif RM85 juta, 9 termasuk ‘Datuk’ direman. Sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung projek sebuah institut berkaitan automotif bernilai RM85 juta.
Menurut sumber, semua mereka termasuk seorang wanita ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya, semalam.
“Mereka yang ditahan terdiri empat pemilik syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.
“Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini dikeluarkan terhadap semua suspek berusia antara 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya.
Sumber itu berkata, dua suspek lelaki yang direman enam hari itu dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM15 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 hingga 2020.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.
Beliau berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Turut baca