PRN Johor: Nyawa rakyat bukan lagi keutamaan, di mana keprihatinan YAB PM – NGO

PRN Johor: Nyawa rakyat bukan lagi keutamaan, di mana keprihatinan YAB PM – NGO. Saya amat kecewa dengan jawapan YAB PM ketika membalas desakan Majlis Presiden PH yang menggesa PRN Johor ditangguhkan diatas faktor peningkatan mendadak kes Covid 19 dan kebimbangan varian Omicron.
Hari ini kes Covid 19 berjumlah 22,802 dengan Johor mencatatkan 2,860 kes. 24 angka kematian baru; ia mencecah 32,099 kematian setakat semalam
Jumlah kumulatif kes covid 19 yang dicatatkan hingga semalam ialah 2,996,361. Sangat menakutkan!
Ketika DS Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan(Menteri Kanan) yang melaporkan perkembangan Covid 19 setiap petang melalui Sidang Media, nampak menyerlah pertanggungjawaban beliau dalam menangani situasi Covid 19.
Harapan rakyat kepadanya tentulah tinggi tatkala diangkat sebagai PM.
Namun, alasan yang diberikan ketika menolak penangguhan PRN Johor bukan sahaja tidak meyakinkan, tapi dilihat mementingkan kuasa dari mengutamakan nyawa rakyat. SANGAT MENGECEWAKAN!
Jika PM prihatin dengan nyawa dan kesihatan 3,795,300 juta rakyat Johor yang amat terdedah dengan suasana kempen PRN meskipun melalui SOP yang ketat, saya yakin beliau tidak tergamak meneruskannya.
Ini belum mengambil kira kebanjiran petugas luas dan’pelancong pilihanraya’ yang datang.
Apa yang seharusnya dilakukan ialah YAB PM akan mendapatkan mandat jemaah menteri, disusuli dengan mempersembahkannya ke Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi mendapat perkenan perisytiharan darurat. Mekanisme darurat demi mengimbangi keperluan ekonomi dan kerjaya harian rakyat adalah tanggungjawab Kerajaan memutus dan melaksanakannya.
Melalui kenyataan rayuan saya ke hadapan Yang Di Pertuan Agong tanggal 7 Februari lalu, saya konsisten dengannya. Nyawa rakyat adalah segala galanya. Jangan perjudikan nyawa rakyat demi kuasa.
Esok lusa kita tidak tahu, berapa ramai lagi nyawa rakyat yang terkoban, Nauzubillah. Jangan diremehkan kerana kononnya mangsa Covid 19, berada ditahap 1 dan 2.
Usah lupa kisah pilu dan duka apabila keluarga, kenalan dan saudara mara kita yang meninggal dunia, menanggung derita ditahap 3,4 dan 5; hingga alami long covid sampai hari ini.
Di mana keprihatinan YAB PM?
Buat pemimpin politik, Ngo, penjawat awam/swasta dan seluruh rakyat, bersama kita rayu dan tingkatkan tekanan kepada Kerajaan melalui medsos,petisyen dan lain lain demi mempastikan PRN Johor ditangguhkan.
#tangguhprnjohor
#utamakannyawarakyat
#isytihardarurat
Datuk Mazlan Aliman
Pengerusi,
Pertubuhan Gerak Tani
Negeri Johor,
Mantan Pengerusi Lembaga
Pertubuhan Peladang,
Pemerhati Politik Malaysia Baru
12 Feb 2022
Baca juga