PRN Johor : Johor berdepan ‘malu besar’ jika jatuh ke tangan kleptokrat dan pengkhianat

PRN Johor : Johor berdepan ‘malu besar’ jika jatuh ke tangan kleptokrat dan pengkhianat

Johor berdepan ‘malu besar’ jika jatuh ke tangan kleptokrat dan pengkhianat.  Dulu ada yang kata PH adalah Pakatan Hancing kononnya janji tak ditunai.

Hakikatnya di Johor, Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan manifesto kepada rakyat yang menekankan tentang aspek kebajikan.

Manifesto adalah janji. Janji PH adalah janji yang pasti.

Ini 10 pencapaian yang dilaksanakan sepanjang 22 bulan PH mentadbir Johor.

Sekarang apa yang rakyat Johor dapat di bawah pentadbiran BN-PN?, tanya Salahuddin Ayub

PRN Johor : Johor berdepan 'malu besar' jika jatuh ke tangan kleptokrat dan pengkhianat

Kestabilan yang tergugat kerana BN-PN masing-masing gila ingin berkuasa.

Kes COVID-19 tinggi, ekonomi tidak menentu, rakyat hilang kerja, peniaga kecil pendapatan merosot.

Tetapi kesusahan ini tidak difahami BN-PN kerana mereka hanya mahu kuasa untuk kepentingan peribadi sahaja.

Berikan mandat kepada PH. Pencapaian 22 bulan itu akan PH lanjutkan dengan pelbagai program kebajikan dan ekonomi demi kepentingan rakyat.

Malulah kalau Johor negeri yang hebat ini jatuh ke tangan kleptokrat dan pengkhianat, kata Salahuddin Ayub calon N13 Simpang Jeram.

 

Turut baca