PPB bimbang pengampunan terhadap pembunuhan orang awam oleh Trump

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyatakan rasa bimbang mereka terhadap pengampunan diberikan Presiden AS Donald Trump kepada empat pengawal keselamatan syarikat tentera swasta, Blackwater, yang disabitkan bersalah membunuh 14 orang awam Iraq, lapor Xinhua.
Jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Marta Hurtado, dalam satu kenyataan berkata pengampunan itu menyumbang kepada alasan kekebalan dan akan mengakibatkan lebih ramai orang melakukan jenayah tersebut pada masa depan.
Empat individu berkenaan dijatuhi hukuman penjara antara 12 tahun hingga seumur hidup atas tuduhan membunuh termasuk membunuh peringkat pertama.
“Dengan menyiasat jenayah ini dan melengkapkan prosiding undang-undang, AS mematuhi kewajibannya di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.
Menurut Marta pihak yang menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia mempunyai hak untuk melihat pelaku menerima hukuman setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan.
“Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menyeru AS terus komited memerangi kekebalan terhadap pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta menegakkan kewajibannya untuk memastikan mereka bertanggungjawab terhadap jenayah tersebut,” katanya.
Menurut laporan media, Trump pada Selasa memberikan pengampunan penuh kepada 15 individu, termasuk empat pengawal keselamatan Blackwater yang disabitkan kesalahan membunuh 14 orang awam Iraq.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556416