Polis nafi ada rompakan di Genting Highlands

Polis nafi ada rompakan di Genting Highlands

Polis nafi ada rompakan di Genting Highlands.  Polis menafikan kandungan video tular yang mendakwa berlaku rompakan di Genting Highlands Resort, menyebabkan penutupan operasi awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan merujuk kepada video dalam bahasa Hokkien yang asalnya disiarkan di TikTok dan tular di media sosial serta aplikasi pemesejan.

“Tiada sebarang laporan polis diterima atau dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan insiden tersebut.

“Pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan mengesahkan tidak berlaku kejadian rompakan sebagaimana didakwa di dalam video atau audio yang ditularkan di media sosial ataupun aplikasi Whatsapp,” kata Zaiham.

Antara lain, didakwa kebakaran atau kecurian menyebabkan pengunjung kasino tidak dibenarkan masuk atau keluar kerana semua pintu dikunci.

Selanjutnya terdapat dakwaan penutupan akses ke kereta kabel serta semua kaunter untuk tetamu hotel mendaftar masuk.

Sementara itu, Sinchew Daily memetik jurucakap resort itu menjelaskan kejadian berkenaan berpunca daripada penggera dalam sistem memadam kebakarannya.

Angin kencang malam tadi telah menghalang pengesan asap, yang seterusnya mencetuskan penggera kebakaran yang menyebabkan bidai automatiknya ditutup, kata jurucakap itu.

Polis nafi ada rompakan di Genting Highlands