Polis buru lelaki rogol remaja bawah umur

Polis buru lelaki rogol remaja bawah umur

Polis buru lelaki rogol remaja bawah umur.  Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan di bawah umur.

Polis buru lelaki rogol remaja bawah umur

Berita berkaitan : Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu

Ia susulan kes pembunuhan bayi lelaki yang baru dilahirkan pada Selasa lalu, di sebuah rumah di daerah Kemaman, melibatkan gadis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an yang merupakan teman lelaki kepada remaja perempuan itu yang juga ibu kepada bayi yang dibunuh itu.

Kedua-dua suspek dikatakan saling mengenali sejak setahun yang lalu.

Beliau meminta suspek untuk tampil menyerah diri ke balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Hari ini, remaja wanita berusia 15 tahun itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki dengan kesan kecederaan di dada.

Mayat bayi yang maut ditikam ibu kandungnya yang berusia 15 tahun itu ditemui di sebuah rumah di kawasan Chukai, di sini.

 

Baca juga