Polis ‘bernafsu binatang’ perkosa kanak-kanak diburu

Polis ‘bernafsu binatang’ perkosa kanak-kanak diburu

Polis ‘bernafsu binatang’ perkosa kanak-kanak diburu.

Seorang anggota polis di negeri Uttar Pradesh, utara India melarikan diri selepas didakwa merogol seorang budak perempuan berumur 13 tahun yang mengadu kepada polis bahawa dia menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Polis 'bernafsu binatang' perkosa kanak-kanak diburu

“Kes jenayah difailkan terhadap anggota polis tersebut dan dia telah pun digantung tugas,” kata seorang pegawai kanan polis Uttar Pradesh.

Budak perempuan itu menyatakan bahawa dia diperkosa oleh empat lelaki pada bulan lalu.

Dalam aduan kepada polis, bapa mangsa berkata, keempat-empat lelaki itu melarikan anak perempuannya ke negeri jiran, Madhya Pradesh dan merogolnya selama empat hari berturut-turut. Mereka kemudian membawa mangsa pulang ke kampungnya di daerah Lalitpur, Uttar Pradesh sebelum melarikan diri.

Polis 'bernafsu binatang' perkosa kanak-kanak diburu

Pada keesokan harinya, anggota polis berkenaan pula merogol mangsa ketika dia pergi ke sebuah balai polis tempatan bersama ibu saudaranya untuk membuat aduan, lapor saluran berita NDTV.

Ketua Polis Daerah Lalitpur, Nikhil Pathak menyatakan kepada pemberita bahawa mangsa yang dibawa ke pejabatnya oleh sebuah pertubuhan bantuan kanak-kanak, telah mendedahkan apa yang berlaku.

“Apabila menerima berita mengenainya, saya telah mengarahkan dan memastikan bahawa kertas siasatan dibuka,” katanya.

Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan banyak pihak mempertikaikan penguatkuasaan undang-undang di Uttar Pradesh yang merupakan negeri paling ramai penduduk di India.

“Adakah balai polis bukan lagi menjadi tempat selamat buat wanita yang hadir untuk membuat aduan?” soal pemimpin Parti Kongres, Priyanka Gandhi Vadra.

Jenayah rogol dan kesalahan lain terhadap wanita mendapat perhatian meluas di India sejak Disember 2012 apabila seorang gadis diperkosa dengan kejam di dalam sebuah bas di New Delhi sebelum meninggal dunia akibat serangan seksual tersebut.