PN pertimbang sertai ‘kerajaan perpaduan’

PN pertimbang sertai ‘kerajaan perpaduan’

PN pertimbang sertai ‘kerajaan perpaduan’.  Perikatan Nasional (PN) hari ini bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin berkata ia adalah demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

PN pertimbang sertai 'kerajaan perpaduan'

Hamzah Zainuddin

“Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.