PKP mungkin tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh

PKP mungkin tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan tidak perlu lagi dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara atau sesuatu negeri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia boleh dilaksanakan dengan mengambil kira Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya pada sidang akhbar khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Pemerkasa yang akan dilaksanakan kerajaan mengandungi 20 inisiatif strategik bermatlamat untuk melonjakkan semula aktiviti ekonomi. – K! ONLINE