PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi

PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi

Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871, kata Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob.

“Senarai positif/negatif dan SOP bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan. | FMT

COMMENTS