Pinggan merah didakwa dapat bantu kurangkan berat badan, kata Pakar

Pinggan merah didakwa dapat bantu kurangkan berat badan, kata Pakar

Beberapa pakar kedai perkakasan rumah premium di Britain mendakwa bahawa makan menggunakan pinggan berwarna merah dapat mendorong seseorang untuk mengurangkan pengambilan makanannya ,”lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Syarikat Peyton & Tyler dalam satu kenyataan berkata, pemilihan warna dan bentuk pinggan dapat mempengaruhi rasa serta kuantiti pengambilan makanan.

“Warna dan bentuk pinggan dapat membuatkan kita percaya sama ada sesuatu makanan itu berasa lebih manis, lebih sedap atau lebih kuat rasanya.

“Dalam beberapa keadaan ia juga mempengaruhi jumlah makanan yang kita ambil,” katanya.

Penggunaan pinggan merah dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan dan bermanfaat untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

“Oleh kerana kita mengaitkan warna merah dengan bahaya, pinggan berwarna merah dilihat sebagai ‘benteng’ makanan.

“Tetapi jika anda suka makan dan ingin menikmati aktiviti itu, ia tidak patut berada dalam se­narai pinggan anda,” katanya.

Penggunaan warna lain turut memberi kesan berbeza mi­salnya, pinggan berwarna hitam yang sering dilihat dalam rancangan televisyen seperti MasterChef dapat membuatkan makanan berasa lebih sedap.

Penggunaan pinggan berwarna hijau pula membentuk pemikiran bahawa makanan yang diambil adalah lebih menyihatkan biarpun ia bukan makanan sihat. – Agensi