Pilu !!! Warga emas meninggal terkejut rumah dihempap pokok

Pilu !!! Warga emas meninggal terkejut rumah dihempap pokok.
Seorang wanita warga emas meninggal dunia akibat terkejut dan sesak nafas selepas rumahnya dihempap pokok kelapa dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, di sini, awal pagi ini.

RUMAH seorang warga emas yang dihempap pokok kelapa di Jalan Bukit Kecil, Kangar, Perlis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Hatun Osman, 65, terkejut apabila pokok kelapa tumbang menghempap bumbung rumah tempat wanita itu tidur dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kesan pokok tumbang menghempap bumbung zink berhampiran tempat mangsa tidur.
Katanya, warga emas tersebut tinggal di rumah bersama suami dan dua anaknya.
“Siasatan tidak menemukan apa-apa kesan yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah dan kejadian ini berpunca akibat bencana alam.
“Pemeriksaan ke atas fizikal mayat mangsa juga tidak menemukan apa-apa kesan kecederaan akibat dihempap pokok. Mayat kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.