Pilu!!! Perodua Kancil hancur, ragut 3 nyawa, tinggal bayi jadi anak yatim

Pilu!!! Perodua Kancil hancur, ragut 3 nyawa, tinggal bayi jadi anak yatim

Pilu!!! Perodua Kancil hancur, ragut 3 nyawa, tinggal bayi jadi anak yatim.

Memetik laporan Astro Awani, sebuah kereta Perodua Kancil telah terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, semalam.

Akibat dari kemalangan tersebut, difahamkan ibu, datuk dan nenek dalam kereta tersebut didapati maut sementara seorang bayi terselamat.

SEORANG bayi menjadi anak yatim apabila kereta Perodua Kancil yang dinaikinya bersama ibu, datuk dan neneknya terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, semalam.

Difahamkan berlaku pada jam 1.30 tengahari, mangsa Nur Rawiyah Abu Samah, 25, Saripah Ab Malek, 59, dan Abu Samah Mohamed, 74, dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala bayi yang merupakan anak Nur Rawiyah, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menerusi sumber polis, kemalangan berlaku gara-garavan kurier yang hilang kawalan Leban Chondong ke Kuala Rompin hilang lalu melanggar kereta mangsa dan sebuah lori.

Sementara itu, pemandu van, 24, itu patah bahu, cedera di kedua-dua kaki manakala pemandu lori, 49, luka di tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Turut baca